Resepi Chicken Bone Broth (CBB) Untuk Bayi

Hari ni berkampung di dapur nak siapkan Chicken Bone Broth (CBB) untuk si kecik. CBB ni berkhasiat untuk anak, sebagai imune booster & penambah rasa dalam makanan anak. Cuma nak buat nya tu makan masa sikit hehe. Supermom mesti boleh.


Bahan-bahan::

Kaki ayam (boleh guna rangka ayam/tulang ayam, tapi mak mak cakap kaki ayam lebih afdhal)
Celery
Carrot
Tomato
Lemon
Unsalted butter
Halia
Sup bunjut
3 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
Bawang holland
Bawang putih

Cara-cara masak::

Tumiskan unsalted butter, bawang holland, bawang putih, halia & 3 sekawan sehingga naik bau. Masukkan segelas air dan kacau.

Masukkan kaki ayam, celery, carrot, tomato dan kacau sehingga mendidih.

Bila dah mendidih, masukkan 1-2 gelas air, sup bunjut dan jus perahan lemon. Jus perahan lemon ni adalah weak acid bertindak sebagai pengurai zat zat dari tulang & meresap ke dalam sup.

Reneh sup selama 3-4 jam di atas dapur biasa dengan api yang sederhana kecil.


Dah siap nanti, tapiskan dan ambil supnya sahaja. Isi-isi dalam sup tu dah tak de khasiat jadi selalu nya lia buangkan jer.


Sejukkan dulu dalam chiller nanti baru frozenkan. Lia selalu frozenkan dalam ice cube supaya senang bila setiap kali nak guna. Ambil 2 @ 3 cube jer untuk campurkan dalam bubur @ makanan anak.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Puree Bayi 6 Bulan Ke Atas 💖